Jumaat, 10 Januari 2014

Rindu Mula Menyapa

Assalamualaikum..
Hari ni dah masuk sebulan 14 hari saya meninggalkan alam persekolahan.. dan rasanya sepi selalu.. bila terasa sepi, rindu mula menyapa di setiap laman hariku.. sebab dulunya, saya tinggal di asrama.. jadi, setiap hari ada sahaja telatah rakan-rakan yang sentiasa menghiburkan.. bila siang, memang riuh dengan gelagat batch saya yang sangat sporting, loving and caring.. bila malam pula, gelagat kami sebelum tidur dengan macam-macam cerita.. suasana malam di sekolah, hanya kami yang sentiasa tahu betapa indahnya malam yang gelap di situ.. hurm, rindunya!! aduh, memang tak boleh lari daripada kenangan, semuanya indah-indah belaka.. yang selalu saya kurang hargai.. sesiapa yang tinggal di asrama akan rasa seperti saya.. faham bagaimana besarnya kerinduan terhadap memori bersama..

" bahagia itu pilihan, rindu itu juga pilihan.. tapi rindu itu yang membuatkan aku bahagia memilih percaturan langkahku.. "

p/s: kita berhak untuk membuat pilihan, jadik saya pilih untuk memilih! ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan