Jumaat, 10 Januari 2014

Rindu Mula Menyapa

Assalamualaikum..
Hari ni dah masuk sebulan 14 hari saya meninggalkan alam persekolahan.. dan rasanya sepi selalu.. bila terasa sepi, rindu mula menyapa di setiap laman hariku.. sebab dulunya, saya tinggal di asrama.. jadi, setiap hari ada sahaja telatah rakan-rakan yang sentiasa menghiburkan.. bila siang, memang riuh dengan gelagat batch saya yang sangat sporting, loving and caring.. bila malam pula, gelagat kami sebelum tidur dengan macam-macam cerita.. suasana malam di sekolah, hanya kami yang sentiasa tahu betapa indahnya malam yang gelap di situ.. hurm, rindunya!! aduh, memang tak boleh lari daripada kenangan, semuanya indah-indah belaka.. yang selalu saya kurang hargai.. sesiapa yang tinggal di asrama akan rasa seperti saya.. faham bagaimana besarnya kerinduan terhadap memori bersama..

" bahagia itu pilihan, rindu itu juga pilihan.. tapi rindu itu yang membuatkan aku bahagia memilih percaturan langkahku.. "

p/s: kita berhak untuk membuat pilihan, jadik saya pilih untuk memilih! ^_^

Khamis, 9 Januari 2014

Salam Perkenalan

Assalamualaikum..
hurm, dah lama rasanya tak tulis blog. Alhamdulillah... tak sangka Allah masih izinkan saya untuk berblog lagi walaupun sudah lama menyepi dengan asrama dan sekolah. blog ini masih baru memandangkan blog yang lama saya dah terlupa passwordnya. hehe.. cuaikan. tapi sebab sekarang saya kembali single tanpa sebarang kerja, so I'm deciding untuk kembali ke alam blog. semoga saya berjaya ya, usaha jaya! insyaAllah..

serba sedikit tentang saya:
saya baru saja selesai dengan alam persekolahan.. berharap untuk terus belajar lagi dan lagi. jadik, kalau sesiapa yang nak berkongsi ilmu dengan saya, anda sememangnya dialu-alukan di sini. peribahasa ada menyebut (dah lama tak guna ayat ni), kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan..hehe